BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, July 22, 2010

Tomyam Ayam Tanpa Perencah

Hari ini aku cuti.. maka kenalah masak untuk suami tercinta. Jenuh pikir nak masak apa, maklumlah kemahiran memasak aku ni limited sesangat. Mujur zaman moden, bukak laptop sambung internet kemudian search google.. last- last jumpa resepi tomyam tanpa perencah.. oke gak untuk dicuba.. resepi ni aku ambil dr laman web myresepi.com.. silalah mencubenyer yer...

Bahan- bahan :

2 keping dada ayam
*2 biji tomato masak
*2 ulas bawang putih
*1/2 labu bawang besar
*2-3 hiris lengkuas
*3-5 biji cili padi
(bahan2 bertanda * dikisar)
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 biji limau nipis (diperah airnya)
2 keping asam keping
Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.

Cara menyediakannya :

Tumis bahan kisar.Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

p/s : gambor makanan aku akan upload selepas siap tomyam aku ni... nyum nyum.. tak sabar nak test resepi ni... Jumaat 23/07/2010


Read more...

Monday, July 19, 2010

Kari Ayam


Bahan- bahannya:

Bahan A
1/2 ekor ayam
Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dimesin..
5 biji bawang merah
3 camca cili boh
1 bungkus rempah kari
setengah cawan air asam jawa
Bahan B
3 biji bunga lawang
5 biji cengkih
1/2 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Daun kari

Bahan C
3 cawan air
secawan santan
3 biji ubi kentang
Minyak masak

Cara Penyediaan
Bahan A digaul dan diperap seketika.
Tumis bahan B sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A ke dalam periuk. Biarkan seketika sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan 3 cawan air, ubi kentang dan biarkan mendidih. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.
>


Read more...

Sunday, July 11, 2010

Sambal Kerang Bercili



Bahan- bahan :
2kg kerang
20 biji cili api
Bawang besar
Bawang putih
Dua batang serai
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

Rebus kerang dan kemudiannya keluarkan isinya.
Masukkan minyak dan masukkan cili api, bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Masukkan serai yang telah dititik. Gaul kesemua bahan- bahan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan isi kerang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan kesemua bahan sebati dan siap untuk dihidangkan.


Read more...

Friday, July 9, 2010

Gulai Lemak Telur Itik

Gambar hiasan
Bahan- bahan :
4 biji telur itik
Semangkuk santan segar
Bawang besar, bawang putih dan halia ---> dikisar
Secamca cili kering yang telah dimesin
Daun kunyit
Cili api
Kunyit debu
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
Tuang santan ke dalam periuk bersama bahan- bahan yang dikisar. Masukkan secamca cili kering yang telah dimesin dan secamca kunyit debu. Panaskan di atas dapur sehingga mendidih. Apabila mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur itik satu persatu. Pastikan telur tersebut tidak hancur. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidang...


Read more...

Monday, July 5, 2010

Ikan Cencaru Bakar


Bahan- bahan:
Ikan cencaru (saiz ikut keperluan)
2 batang serai yang dihiris
5 biji cili api dihiris nipis
4 helai daun limau purut juga dihiris halus2
sebiji bawang besar yang dimesin
cili kering yang siap dimesin
Gula dan garam secukup rasa
Limau nipis sebagai penambah perisa
Daun pisang sebagai alas membakar ikan

Cara menyediakannya

Tumis bawang dan cili yang dimesin sehingga garing. Kemudian,masukkan serai, cili api dan daun limau purut yang telah dihiris. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukupnya. Angkat apabila bahan yang digoreng ini menjadi pekat. Kemudian, sumbat rempah ini ke dalam ikan cencaru yang telah dibelah belakang. Bakar ikan yang dilapik dengan daun pisang sehingga masak.

Siap untuk dihidangkan .. semoga selamat menjamu selera.


Read more...

Cucur Ikan Bilis



Bahan- bahan:
1) ½ kg tepung gandum
2) 3-4 biji cili merah
3) Ikan bilis secukupnya (dimesin)
4) 1/2 biji bawang besar (dimayang)
5) 1 sudu teh garam
6) Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
7) Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
1) Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan dibancuh
dengan air panas. Bancuhan pekat tidak cair. Biarkan sejuk.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga
habis. Goreng sehingga kekuningkuningan
dengan api sederhana.
4) Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.


Read more...

Nasi Ayam Istimewa


Gambar di atas untuk hiasan...
Bahan- bahan

Nasi
Beras (mengikut sukatan sendiri)
Daun pandan
2 kiub pati ayam
2 biji bawang besar Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
1 senduk majerin - untuk menumis
Halia sebesar ibu jari
Sup rebusan ayam

Cara membuatnya

Basuh beras dan toskan nya.

Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.

Kemudian masukkan beras goreng sebentar
Setelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.

Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Penyediaan Sup

Air rebusan ayam
Pati kiub ayam
Daun sup
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
Gunakan air rebusan ayam untuk membuat sup, tambahkan kiub ayam, garam dan daun sup.

Ayam goreng
Ayam yang telah direbus
Kicap pekat
Kicap Manis
Sos Tiram

Cara membuatnya
Perap ayam yang direbus tadi ke dalam kesemua bahan seketika. Kemudian, goreng ayam tersebut. Baki kicap boleh dihidangkan bersama- sama.

Sos Nasi Ayam
Cili melaka secukup rasa
Cili Besar
Bawang putih secukup rasa
Sedikit halia
Sebiji buah Tomato
Cuka masak

Cara membuatnya
Blender kesemua bahan sekaligus dan siap dihidangkan.

Jangan lupa sediakan salad, tomato yang dihiris nipis, timun untuk dimakan bersama nasi ayam ini.. Selamat mencuba..


Read more...