BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, July 22, 2010

Tomyam Ayam Tanpa Perencah

Hari ini aku cuti.. maka kenalah masak untuk suami tercinta. Jenuh pikir nak masak apa, maklumlah kemahiran memasak aku ni limited sesangat. Mujur zaman moden, bukak laptop sambung internet kemudian search google.. last- last jumpa resepi tomyam tanpa perencah.. oke gak untuk dicuba.. resepi ni aku ambil dr laman web myresepi.com.. silalah mencubenyer yer...

Bahan- bahan :

2 keping dada ayam
*2 biji tomato masak
*2 ulas bawang putih
*1/2 labu bawang besar
*2-3 hiris lengkuas
*3-5 biji cili padi
(bahan2 bertanda * dikisar)
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 biji limau nipis (diperah airnya)
2 keping asam keping
Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.

Cara menyediakannya :

Tumis bahan kisar.Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

p/s : gambor makanan aku akan upload selepas siap tomyam aku ni... nyum nyum.. tak sabar nak test resepi ni... Jumaat 23/07/2010

0 comments:

Post a Comment